top of page

Remote learning support

Public·9 members

Lagu Lagu Kumpulan Headwind



Kumpulan Headwind merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1977. Pernah menjadi band paling mahal di rantau Asia dan aktif dalam dunia kelab malam di Malaysia,Singapura,Brunei,Jepun,Hongkong,Thailand,Indonesia.Menjadi Opening Act untuk Konsert Uriah Heep dan Blue Öyster Cult. Semasa Live Aid 1985, antara artis yang mendapat liputan Siaran Langsung seluruh dunia bersama Ramli Sarip.Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan Inggeris dalam pelbagai rentak seperti rock, balada, pop rock ,progressive dan sentimental. Antara lagu mereka yang masih menjadi siulan peminat sehingga kini ialah lagu malar segar Suraya, Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, Memori Luka,Berakhir Satu Percintaan,Kasihku Abadi,kesepian,Kita Serupa,Meditasi,Cinta di dua dunia dan Cinta Si Camar Putih.




lagu lagu kumpulan headwind



Pada tahun 1983, Headwind yang dianggotai oleh Zainal, Zulkif, Razak, Man Senoi, Nicky Ooi dan Wan telah muncul dengan album pertama berjudul Headwind yang banyak berunsurkan genre pop. Banyak lagu yang menarik antaranya Usah Diteruskan, Sekadar Pengertian, Cinta Ke Akhir Masa dan Keindahan Pelangi. Namun kerana kurangnya promosi, album Headwind mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan. Lebih malang lagi, sebilangan besar peminat Headwind tidak tahu akan kewujudan album ini. Namun mereka tidak mudah patah semangat malah mereka terus bergiat aktif dalam bidang muzik dengan kembali semula ke kelab mereka bekerja.


Pada tahun 1986 di Festival Golden Kite World Song , Zainal memenangi Anugerah Artis Muda Berbakat dan Headwind pun muncul dengan album kedua berjudul Headwind 86 di bawah label yang sama. Untuk memantapkan susunan muzik dalam album tersebut, Headwind juga menyuntik sedikit elemen rock selain mengekalkan genre pop dalam beberapa buah lagu memandangkan permainan gitar Zulkif banyak menerima pengaruh daripada Eddie van Halen, gitaris terkemuka dari Barat. Album ini ternyata telah menaikkan nama mereka di persada seni tanah air dengan lagu-lagu hit seperti Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio dan Hati Tak Berpenghuni. Sebuah lagu mereka dari album terdahulu, Keindahan Pelangi telah diubah judul menjadi Pelangi dengan susunan muzik yang baharu dan turut menjadi siulan ramai pada ketika itu.


Berbekalkan kejayaan album tersebut, maka terhasillah album ketiga mereka yang diberi judul Headwind 3 pada tahun yang sama. Album ini turut meletup di pasaran dengan lagu-lagu hit mereka seperti Kita Serupa, Suraya dan Memori Luka. Selain itu, mereka turut diberi pengiktirafan dari TV3 apabila lagu Memori Luka telah mara ke peringkat akhir Juara Lagu '87.


Pada tahun 1987, Headwind telah mengeluarkan album yang berjudul Bisikkanmu di mana lagu-lagu seperti Bisikkanmu, Berakhirnya Satu Percintaan dan Kasihku Abadi turut menjadi hit. Pada tahun berikutnya, album Dalam Ingatan dikeluarkan dan mengandungi lagu-lagu yang cukup hebat seperti Dalam Ingatan, Cinta Si Camar Putih, Entah Ke Mana Berlari dan Debu Liar.


Pada tahun 1989, Headwind telah mengeluarkan album yang berjudul Meditasi yang mengandungi lagu-lagu yang menarik seperti Biar Saja Berlalu, Sejak Taufan Melanda, Jiwa ku Ditangan mu dan Meditasi. Namun, album ini tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan ekoran keadaan ekonomi negara yang tidak menentu pada ketika itu.


Biarpun Headwind merupakan sebuah kumpulan yang secara dominannya terarah kepada muzik rock, namun setiap anggotanya mempunyai kecenderungan terhadap genre yang berbeza. Zulkif sebagai pemain gitar utama begitu menggemari irama rock terutamanya rock 'n' roll, namun Zainal pula ingin mencuba genre World Music yang dianggap sesuatu baharu di Malaysia pada ketika itu. Keinginan Zainal untuk meneroka genre tersebut ketika bekerja di Club Med telah menyebabkan beliau mengambil keputusan yang sangat berisiko untuk meninggalkan Headwind. Pada masa yang sama, Headwind telah mengeluarkan album koleksi terbaik berjudul Headwind 1 - Lagu-Lagu Koleksi yang mengandungi tiga lagu baru iaitu Cinta Di Dua Dunia, Gadis Jalanan dan Tak Ku Sangka nyanyian Zainal. Album ini mendapat sambutan baik dan ketiga-tiga lagu tersebut menjadi siulan ramai.


Headwind yang agak terumbang-ambing berikutan ketiadaan penyanyi, cuba untuk meneruskan karier mereka dengan melakukan uji bakat untuk mencari penyanyi baharu. Melalui sesi uji bakat selama beberapa bulan, akhirnya mereka menemui seorang penyanyi kelab berpengalaman bernama Lionel Xavier. Mereka kemudiannya muncul dengan album berjudul Kembali untuk memberitahu peminat kembalinya Headwind dalam dunia seni tanah air. Selain penyanyi baru Lionel, Nicky Ooi, Kudin dan Zulkif turut menyumbangkan suara di dalam album tersebut. Banyak lagu-lagu menarik di dalam album itu, tetapi peminat masih merindukan suara Zainal. Maka, album Kembali telah dijadikan sebagai album studio terakhir Headwind. Kegagalan album itu menyebabkan Headwind semakin dilupakan.


Setelah album Kembali gagal di pasaran, Headwind cuba mengimbangi kegagalan album tersebut dengan mengeluarkan album koleksi terbaik kedua berjudul Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi pada tahun 1990. Namun selepas album koleksi tersebut dikeluarkan, Zulkif menarik diri daripada Headwind untuk menumpukan kerjaya baharunya di BMG Music sebagai pemuzik undangan untuk Ramlah Ram dan penerbit bagi Album pertama kumpulan Blackrose. Petikan gitar pada lagu Penantian menjadi kontroversi apabila,semasa rekording bukan lah dari Blackrose tetapi dari gentelan Zulkif sendiri. ( Sebenarnya rekording seluruh Album sessionist kumpulan Headwind Zulkif,Nicky,Razak/Tom Anuar & Salman).


Zulkif juga sempat mengeluarkan dua buah album solo yang bertajuk Misteri, Air, Api dan Angin dan Imaginasi di mana kedua-duanya merupakan album eksperimentasi yang baik daripada beliau. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah Betapa penat menanti,Dunia Sama Rasa, instrumental Misteri, Air, Api dan Angin (lagu kontroversi yang ada persamaan melodi dengan lagu Gary Moore "Still Got The Blues") dan Suara Oh Suara , Kisah Yang Sudah (feat. Ajin Blackrose). Selain itu, beliau turut menjadi penerbit untuk album kedua kumpulan Teja yang diberi judul Laungan Suci pada tahun 1991 dan Album Saksi Juliza Adzlizan.Zulkif sempat menjadi Musik Direktor untuk filem Box Office Hantu Kak Limah (2018).


Zainal pula muncul dengan album solo pertama yang berkonsepkan World Music berjudul Zainal Abidin, terbitan Roslan Aziz Production (RAP), syarikat rakaman milik Roslan Aziz dan label edaran Warner Music pada tahun 1991. Hanya dengan album tersebut sahaja, nama Zainal terus sahaja menjadi sebutan apabila album yang hit dengan lagu Hijau, Ikhlas Tapi Jauh dan Insaf mencatatkan jualan yang membanggakan bukan sahaja di Malaysia, malah lagunya turut diterima baik di luar negara. Penghasilan album yang sangat teliti dan bermutu tinggi menjadikan album beliau antara album terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah muzik tanah air. Pengiktirafan album tersebut menjadikan Zainal Abidin sebuah nama yang masyhur jauh meninggalkan kumpulan lamanya, Headwind.


Pada tahun 1992, album koleksi Lagu-Lagu Karaoke Headwind pula diterbitkan. Album Headwind Remix pula diterbitkan pada tahun 1993 yang hanya mengandungi lima lagu hit iaitu Kita Serupa, Hanya Di Radio, Suraya, Debu Liar dan Dalam Ingatan.


Setelah 25 tahun tidak bersama, akhirnya Headwind telah membuat kemunculan semula bersama penyanyi asalnya, Zainal sebagai artis jemputan di Anugerah Juara Lagu ke-29 pada tahun 2014. Pada malam tersebut, mereka telah mendendangkan lagu-lagu hit mereka antaranya Memori Luka, Suraya, Segalanya Mungkin dan Cinta Si Camar Putih. Ternyata persembahan mereka mengubat kerinduan peminat-peminat setia yang sudah lama menantikan penyatuan semula mereka sebagai satu kumpulan.


Penyanyi Datuk Zainal Abidin Mohamad, yang terkenal dengan lagu-lagu kemanusiaan dan alam sekitar, akan menampilkankelainan dan memberi sentuhan istimewa sempena konsert solonya pada 25 Februari.


Kumpulan itu akan membuat persembahan pembukaan dengan mendendangkan beberapa buah lagu popular mereka selama 40 minit, antaranya Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, Suraya, Pelangi dan Kita Serupa yang semestinya akan mengimbaukenangan peminat kumpulan itu suatu masa dahulu.


Tiket persembahan yang bakal menyaksikan Zainal dan Headwind kembali bergabung selepas 25 tahun menerusi pentas berskala besar itu dijual pada harga serendah RM158 hingga pakej VIP bernilai RM958 yang dilengkapi album edisi terhad Zainal dan baju kemeja-T.Pembeli tiket VIP juga berpeluang menghadiri sesi makan malam eksklusif bersama Zainal.Tambah bekas vokalis kumpulan Headwind itu, dia bakal menyampaikan sebanyak 17 buah lagu hitsnya secara solo antaranya ialah Hijau, Manis, Orak Arek, Puteri, Bongkar, Debu Liar dan Damai.Selain itu Zainal dan Headwind bakal mengimbau kenangan mereka bersama ketika era 80-an menerusi lagu seperti Suraya, Hanya Di Radio, Kita Serupa, Segalanya Mungkin dan Pelangi.Selain itu menurut Zainal, dia juga bakal menyampaikan empat buah lagu secara akustik termasuk satu lagu Kau Di Hatiku sebagai tribute kepada Allayarham Tan Sri SM Salim yang meninggal dunia pada 29 Disember lalu. 350c69d7ab


https://soundcloud.com/predhaugusin1971/kmsauto-download-filehippo-new

https://soundcloud.com/liamudempbi/microsoft-powerpoint-2016-cracked-version-free-download-new

https://soundcloud.com/diacabamen1980/top-download-generals-zero-hour-last-stand-v50

https://soundcloud.com/jaymerboedi1979/kundli-90-software-free-download-new

https://soundcloud.com/joe-moncure/what-does-halftime-plugin-do

About

Welcome to the group! You can connect with other members, ge...

bottom of page